SOALAN LAZIM

UTAMA / SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM TAMAN LAUT

  • Testing

    test1

  • Di mana boleh saya dapatkan tiket ini?

    Tiket-tiket boleh dibeli dari semua Unit Taman Laut Negeri, Pusat-pusat Taman Laut, kaunter di jeti bot awam dan daripada renjer-renjer yang sedang membuat rondaan pemeriksaan.

  • Bolehkah saya menangkap ikan jika CP telah dibayar?

    Menangkap ikan adalah DILARANG sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Caj ini adalah untuk tujuan melawat dan menikmati keindahan Taman Laut Malaysia. Menangkap ikan hanya boleh dilakukan di luar kawasan Taman Laut Malaysia.

  • Bolehkah saya menggunakan tiket ini bagi semua Taman Laut Malaysia?

    Ya, tiket boleh digunakan di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tiket untuk melawat Taman Laut Pulau Payar perlu diperolehi secara berasingan.

  • Berapa lama saya boleh tinggal di dalam kawasan TLM?

    Setiap tiket adalah sah bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja dari tarikh tiket digoreskan.

  • Apakah bukti yang semua duit telah dikutip?

    Setiap pembelian akan dikeluarkan sekeping tiket yang mempunyai nombor siri yang tersendiri. Tiket juga mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan penipuan.

  • Berapakah nilai CP yang dikenakan?

    Warganegara, RM 5.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak dari 6 tahun hingga 12 tahun serta warga emas (60 tahun dan ke atas),dikenakan caj sebanyak RM 2.00. OKU adalah percuma.

    Bukan Warganegara, RM30.00 untuk dewasa manakala Kanak-Kanak dari 6 tahun hingga 12 tahun serta warga emas (60 tahun dan ke atas) dikenakan caj sebanyak RM15.00. OKU adalah percuma.

  • Bagaimana saya boleh menyumbang kepada tabung ini?

    Anda boleh menyumbang dengan mendapatkan tiket CP setiap kali anda melawat ke Taman Laut Malaysia.

  • Apa yang boleh saya perolehi daripada pembayaran CP Ini?

    Segala kemudahan boleh dan akan dipertingkatkan untuk keselesaan pelawat melalui pembiayaan dari tabung ini. Yang lebih penting, anda dapat berperanan untuk membantu ke arah pemuliharaan khazanah laut kita.

  • Bagaimana caj yang dikutip akan dibelanjakan?

    Segala kutipan CP akan dikreditkan dalam Tabung Amanah Taman Laut Rizab Laut. Segala pembiayaan kos pengurusan termasuk program pendidikan dan kesedaran, dan pembangunan TLM akan dibuat melalui Tabung ini.

  • Adakah semua orang perlu membayarnya?

    Ya, semua pelawat ke TLM perlu membayar CP ini. Pengecualian hanya kepada penduduk pulau, pengusaha chalet, pengusaha kedai selam dan kakitangan mereka serta mereka yang telah diberi pengecualian khas oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

  • Mengapa pelawat dikenakan caj ini?

    Usaha untuk memulihara alam sekitar marin perlu kerjasama semua pihak. Sebagai pengguna, semua perbelanjaan yang diperlukan harus ditanggung bersama. Anda boleh membantu dalam usaha ini melalui CP yang dikenakan.

  • Apa itu Caj Pemuliharaan (CP)?

    Ia merupakan satu bentuk caj yang dikenakan ke atas semua pelawat yang mengunjungi Taman Laut Malaysia (TLM).

  • Apakah Taman Laut?

    Taman Laut adalah kawasan perairan laut sejauh 2 batu nautika dan 1 batu nautika (Pulau Kapas, Terengganu; dan di Sabah – Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar) dari tikas air surut terendah yang dizonkan sebagai kawasan terhad/perlindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu karang yang kaya dengan flora dan fauna.

  • SOALAN LAZIM PUSAT PENYU

  • Apakah waktu operasi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu?

    Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu beroperasi setiap hari bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada cuti umum dan kelepasan am. Waktu melawat pula adalah mengikut setiap pusat.

  • Apakah spesis-spesis Penyu yang mendarat di Malaysia?

    Di Malaysia terdapat EMPAT (4) spesies penyu yang mendarat iaitu:-

    1. Penyu Belimbing, Leatherback turtle (Dermochelys coriacea)
    2. Penyu Agar, Green turtle (Chelonia mydas)
    3. Penyu Karah, Hawksbill turtle (Eretmochelys imbricata)
    4. Penyu Lipas, Olive Ridley turtle (Lepidochelys olivacea)
  • Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu?

    Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKPP adalah:

    • Pengutipan dan pengeraman telur penyu
    • Program pelepasan anak penyu
    • Program penandaan penyu
    • Program penerangan bersama orang awam, pelajar sekola
    • Aktiviti pembersihan pantai pendaratan penyu
    • Pemantauan dan penguatkuasaan di laut dan pantai pendaratan penyu
    • Kajian dan penyelidikan penyu
    • Penganjuran seminar/bengkel/kursus untuk kakitangan dan kumpulan sasar
  • Berapakah kadar bayaran atau fi masuk ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu?

    Tiada bayaran atau fi dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu buat masa ini.

  • Berapakah bilangan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia?

    Terdapat enam (6) buah pusat konservasi dan penerangan penyu dan satu (1) ruang pameran penyu yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia iaitu:-

    1. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu
    2. Pusat Konservasi Penyu Ma’Daerah, Kerteh, Terengganu
    3. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang
    4. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka
    5. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, Perak,
    6. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang
    7. Ruang Pameran Penyu, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Negeri Sembilan
  • SOALAN LAZIM SANTUARI

  • Berapakah bilangan santuari Perikanan darat sedia ada di bawah Jabatan Perikanan Malaysia?

    Sehingga kini, terdapat 12 santuari Perikanan darat di Semenanjung Malaysia yang juga melibatkan pengurusan daripada agensi luar seperti Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan.

  • Apakah senarai ikan yang TIDAK BOLEH dilepaskan ke dalam santuari atau perairan umum?
    • Piranha
    • Silver Dollar
    • Trout
    • Peacock Bass
    • Northern Pike
    • Flower Horn
    • Pacu/Bawal Merah
    • Arapaima /Ikan Naga
    • Sturgeon
    • Red Claw (Cherax)
    • Silver Perch
    • Baung Ekor Merah
    • Jade Perch
    • Kap Rumput
    • Lee Koh
    • Kap Perak
    • Kap Kepala Besar
    • Bandaraya
    • Rohu
    • Tilapia
    • Paddlefish
    • Keli Afrika
  • Apakah senarai ikan yang boleh dilepaskan ke dalam santuari atau perairan umum yang lain?

    Hanya ikan asli yang terdapat di santuari tersebut sahaja yang boleh dilepaskan. Walaubagaimanapun, dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai Jabatan Perikanan Negeri berkenaan spesies ikan yang dibenarkan sebelum aktiviti pelepasan dilakukan.

    Senarai ikan yang boleh dilepaskan ke santuari/perairan umum:

    • Kelah
    • Jelawat
    • Sebarau
    • Baung
    • Tengalan
    • Lampam Sungai
    • Temoleh
    • Kerai Kunyit
    • Temakang
    • Tengas
    • Ketutu
    • Puyu
    • Terbul
    • Lomah
    • Siakap
    • Udang Galah
    • Sepat Ronggeng
  • Bagaimanakah cara untuk melakukan aktiviti pelepasan benih ikan di kawasan santuari ini?

    Aktiviti pelepasan benih ikan perlu mendapat nasihat teknikal daripada Jabatan Perikanan seperti yang dipaparkan di halaman santuari setiap negeri bagi memastikan ia mengikut kaedah yang sesuai, betul dan bertanggungjawab.

  • Apakah spesis ikan yang terdapat di Santuari Perikanan Darat?

    Setiap santuari Perikanan darat mempunyai spesies asli yang tersendiri. Antaranya ialah:

    • Kelah
    • Tengas
    • Lampam Sungai
    • Sebarau
  • Jika anda mempunyai lain-lain soalan, sila ajukan kepada kami dengan klik di sini.