UTAMA / Informasi Awam – Taman Laut

Informasi Awam – Taman Laut

Jun 23, 2021

Taman Laut Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1994 adalah bersumberkan kepada punca kuasa Akta Perikanan 1985 (AP85) dan merupakan alat (tool) kepada Pengurusan Perikanan (Fisheries Management) sebagai kawasan perlindungan marin untuk Jaminan makanan negara. Punca kuasa untuk mentadbir urus usaha-usaha pemuliharaan sumber marin di Taman Laut adalah termaktub dalam Bahagian IX Akta Perikanan 1985 serta Perintah Penubuhan Taman Laut 1994, 1998, 2000, 2008, dan 2012.