UTAMA / Informasi Awam – Ikan Bayan

Informasi Awam – Ikan Bayan

Jun 23, 2021

Jika Kita berenang dan melakukan aktiviti selam snorkel di kawasan perlindungan marin, terutamanya di terumbu karang, kita dapat melihat ikan bersisik berwarna warni yang cantik ini dikenali sebagai Ikan Bayan bersaiz 1-2 kaki. Ikan ini sering mencari makanan di terumbu karang. Ianya juga berperanan sebagai agen pembersihan semulajadi dengan memakan alga dan aktiviti mengunyah serta mengigit batu karang.Tinjanya berpasir membantu pembentukan pasir pantai. Jangan beli dan makan Ikan Bayan!