UTAMA / Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa

Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa

Jul 3, 2021

Assalamualaikum dan Salam Pengakap! 👋🏼

Saksikan Siri Forum Webinar & Kuiz Dalam Talian Siri 5 – Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa pada hari Sabtu ini, 3 Julai 2021 jam 9 malam, anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia ⚓️😃

Forum webinar ini boleh ditonton secara langsung di laman FB Malaysia Sea Scouts dan saluran YouTube Pengakap Laut Malaysia.

Barisan panelis yang akan berkongsi pengalaman dan info bersama para peserta ialah YBrs. Dr. A. Aldrie Amir, Pensyarah Kanan, LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia; YBrs. Pn. Lili Tokiman, Pegawai Penyelidik / Pengurus Ramsar, Perbadanan Taman Negara Johor; dan YBrs. Prof. Madya Dr. Tpr. Goh Hong Ching, Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

Forum webinar kali ini akan dikendalikan oleh Siti Rahimah Hasnudin dan Nurul Hanisah Herman dari Krew Kelana D Marine Rovers, Pontian, Johor.

Stay tune bersama forum webinar ini. Link untuk menjawab kuiz online akan dikongsikan di laman FB Malaysia Sea Scouts SELEPAS forum webinar ini tamat. Para peserta akan diberi masa 24 jam untuk menjawab kuiz online tersebut.

Jumpa di sana! 😊👍🏽👍🏽👍🏽👍🏽⚓